valentine day

masyaAllah ape nk jd ngn mlsysia pd hari ini semakin hari semakin parah. Skg nie media massa telah mnyokong hari yg diamalkn oleh penganut kristian wlaupun fatwa telah dikeluarkan bhawa mnyambut valentine day ini adalah haram.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.


Bukti-bukti Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian iaitu :

i. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine's Day menyebut bahawa: "Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love." Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

ii. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

iii. Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan 'Corpus St. Valentine Martyris'. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

iv. Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-

a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania

b. St. Valentine's Catholic Church di Peru, Illinois

c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania

d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich

e. St. Valentine Church di Buffalo, New York
 
Justeru itu, sudah jelaslah bahawa valentine day ini merupakan salah satu perayaan yg diamalkn oleh pnganut agama kristian. sekiranya kita msih lagi berkeras atau degil untuk meraikan hari kekasih ini, maka secara terang kita telah mengiyakan mereka. Dan perbuatan ini telah mnyebabkn batalnya syahadah seseorang itu dalam islam.

0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds